Skip to main content

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH)

  • Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
  • Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah.
  • Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah.
  • Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
  • Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
  • Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
  • Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
  • Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
  • Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
  • Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
  • Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
  • Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah.
  • Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
  • Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
  • Mempromosi dan menjadi ahli persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri.
  • Menjalankan penyelidikan/kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
  • Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, mengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
  • Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.


SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN

  • 1. Menguruskan perlantikan pengawas PSS.
  • 2. Menyediakan peraturan penggunaan Perpustakaan.
  • 3. Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua murid.
  • 4. Melatih pengawas PSS yang baru dilatih supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan.
  • 5. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
  • 6. Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.
  • 7. Menguruskan pembelian buku.
  • 8. Merekodkan buku perolehan di dalam buku stok.
  • 9. Mengelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.
  • 10. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
  • 11. ‘Merawat’ buku.
  • 12. Menguruskan hapuskira buku.
  • 13. Membuat laporan tahunan untuk direkod.
  • 14. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihat pentadbir.


SENARAI TUGAS GURU MEDIA/APD

  • 1. Memastikan alat-alat BBM/APD/Komputer yang berkuasa elektrik dan bahan ‘software’/’hardware’ sentiasa dalam keadaan baik.
  • 2. Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan kepada Penyelaras PSS.
  • 3. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
  • 4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD/Komputer.
  • 5. Menguruskan penggunaan BBM/APD/Komputer secara berterusan.
  • 6. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual sekolah.
  • 7. Memastikan bahawa keselamatan BBM/APD/Komputer terjamin.
  • 8. Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga dan alat-alat BBM/APD/Kmputer.
  • 9. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD/Komputer dalam pengajaran dan direkodkan dengan kemas.
  • 10. Memastikan bahawa bilik BBM/APD/Komputer sentiasa kemas, selamat dan ceria.
  • 11. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD/Komputer.
  • 12. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihat pentadbir.


SENARAI TUGAS GURU BILIK SUMBER

  1. Mencatatkan semua bekalan alat perkakasan (hardware) dan bahan-bahan perisian (software) yand diterima ke dalam buku stok alat Bantu mengajar.
  2. Mengelas dan mengkatalog semua alat perisian yand diterima.
  3. Menyediakan dan mengedarkan katalog alat Bantu mengajar dari semasa ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan para pelajar yang memerlukan.
  4. Mengadakan sesi perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan praktikal serta menggalakkan penggunaan media pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian oleh guru-guru dan para pelajar.
  5. Menasihat dan membimbing guru serta pelajar tentang kaedah memilih jenis-jenis media yang bersesuaian, praktikal dan berkesan untuk pengajaran-pembelajaran.
  6. Mewujudkan budaya pinjaman dan penggunaan alat dan bahan Bantu mengajar yang sistematik dan berkesan kursusnya bagi keperluan pengajaran para guru.
  7. Mengadakan promosi bagi menggalakkan penggunaan ABM dari semasa ke semasa untuk makluman guru dan pelajar.
  8. Melaporkan sebarang kerosakan alat-alat perkakasan atau perisian kepada Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian atau pembaikan. (Jika penyelaras PSS tiada pada keadaan genting, tindakan segera boleh dilakukan, tetapi perlu dilaporkan kepada penyelaras PSS).
  9. Menentukan bahawa semua peralatan Bantu mengajar agar sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
  10. Menyediakan buku-buku rekod yang diperlukan bagi kemudahan penyemakan oleh pihak atasan atau pegawai-pegawai pendidikan.
  11. Menentukan supaya Buku Rekod Penggunaan disediakan bagi kemudahan para pengguna membuat catatan penggunaan atau membuat tempahan.
  12. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan,
  13. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak atasan.

SENARAI TUGAS GURU KHIDMAT KOMPUTER

  1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan komputer termasuk keperluan-keperluan semasanya.
  2. Mempunyai catatan (buku stok) semua perbekalan alatan atau perkakasan serta perisian seperti komputer, kertas, disket, reben, dakwat dan lain-lain.
  3. Bertanggungjawab untuk melatih dan membudayakan penggunaan komputer melalui program literasi komputer yang bersesuaian.
  4. Menggalakkan penggunaan komputer untuk tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran.
  5. Melaporkan sebarang kerosakan supaya dapat dilakukan tindakan baikpulih atau penggantian dengan kadar yang segera.
  6. Menyediakan risalah PSS yang terkini untuk makluman guru-guru dan murid-murid.
  7. Mempromosikan PSS dengan tayangan power point atau perisian yang bersesuaian.
  8. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
  9. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihat pentadbir.

Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Buku dalam Program Nilam

 Pengelasan Buku dalam Program Nilam Buku Fiksyen Buku Bukan Fiksyen     Bahan Bukan Buku   Bahan Digital

LENCANA SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hua ALAMAT : Peti Surat 216, 96007 Sibu, Sarawak TARIKH SEKOLAH DITUBUHKAN : 1916 MAKSUD LOGO : Warna Hijau menunjukkan warna daun kehijauan, iaitu warna tropika dalam spektrum solar yang terletak antara warna kuning dan biru. Warna ini melambangkan kekuatan atau tenaga belia. Warna ini juga melambangkan keamanan, kestabilan, dan keselamatan. · Ini ialah logo sekolah. Logo sekolah ini melambangkan manusia yang berdiri di atas muka bumi dengan menjunjung syurga. Dipercayai bahawa Tuhan mencipta bumi ini dan manusia pula mencipta tamadun. Oleh itu, sifat kemanusiaan mestilah mendahului teknologi. Pendidikan bermaksud pendidikan manusia secara keseluruhannya. Bentuk · Bentuk asas lencana ini berupa hati manusia. Bentuk ini menunjukkan penciptaan manusia di samping t

Senarai Pusat Sumber Maya Sekolah-sekolah di Malaysia

Senarai Pusat Sumber Maya Sekolah-sekolah di Malaysia Banyak rak maya telah diusahakan oleh sekolah-sekolah lain.  Bacalah sebanyak buku yang boleh, ingatlah catat dalam buku nilam anda. SK CIJ 2, Melaka https://fliphtml5.com/bookcase/yzag SMK Presint 9(2), Putrajaya https://fliphtml5.com/bookcase/lbdzi SK Kubang Kerian, Perak https://fliphtml5.com/bookcase/jdpia SK Datuk Haji Baginda, Melaka https://anyflip.com/bookcase/qelpj SK Guar Lobak, Kedah https://fliphtml5.com/bookcase/keiul SK Kg Jambu, Perak https://fliphtml5.com/bookcase/kwxrh SK Sungai Serai, Selangor https://anyflip.com/bookcase/yobxt/ SK Rinching Hilir, Selangor https://fliphtml5.com/bookcase/piccw SMK Pernu, Melaka https://fliphtml5.com/bookcase/hkvko SK Kampong Selayang https://fliphtml5.com/bookcase/asdpr SMK Kepong Baru http://fliphtml5.com/bookcase/dbdzy SMK SEGAMBUT https://fliphtml5.com/bookcase/hjozn SMK RAJA ALI https://fliphtml5.com/bookcase/pgsdm SMK Sungai Besi https://fliphtml5.com/bookcase/reaol SK SERI SUR