Skip to main content

Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa Program NILAM

1. Penyelaras Program NILAM

1.1. Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun.
Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan untuk setiap kelas.

1.2. Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan.

1.3. Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM.

1.4. Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah.

1.5. Membuat pengagihan tugasan guru-guru kelas.

1.6. Memastikan program berjalan dengan lancar.

1.7. Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah.

1.8. Mengenal pasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM peringkat negeri.

1.9. Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada Pengetua.

1.10. Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG.

1.11. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

2. Setiausaha/ Penolong Setiausaha – Guru NILAM

2.1. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat.

2.2. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.

2.3. Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM.

2.4. Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM.

2.5. Mengumpulkan maklumat (kertas kerja, laporan, bahan, data) dan menyerahkan kepada penyelaras program.

2.6. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan kepada Pengerusi.

2.7. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

3. Guru Data NILAM

3.1. Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca murid daripada Guru Tingkatan setiap bulan.

3.2. Memasukkan data ke pangkalan data.

3.3. Menganalisis data rekod membaca murid dan rekod aktiviti Rakan Pembaca.

3.4. Menyerahkan analisis data rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca kepada Guru NILAM.

3.5. Mengemas kini data NILAM.

3.6. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

4. Ketua Bidang / Ketua Panitia

4.1. Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid.

4.2. Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualiti.

4.3. Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama-sama Penyelaras Program.

4.4. Memantau pelaksanaan Program NILAM.

4.5. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

5. Guru Kelas / Tingkatan

5.1. Mewujudkan sudut bacaan kelas di kelas masing-masing.

5.2. Menyampaikan rekod bacaan ke PSS.

5.3. Mendapatkan rekod bacaan dari PSS.

5.4. Mengedarkan buku bacaan.

5.5. Membuat pinjaman buku dari PSS.

5.6. Menyemak dan merekod data bacaan.

5.7. Menyimpan dan mengemaskini rekod bacaan murid.

5.8. Memastikan projek berjalan mengikut perancangan.

5.9. Mengesah dan menandatangani rekod bacaan murid (jika ditentukan oleh sekolah).

6. Guru Perpustakaan

6.1. Membuat penggredan buku.

6.2. Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi bagi menjalankan Program NILAM.

6.3. Memastikan pemilihan dan perlantikan pengawas perpustakaan dilaksanakan oleh setiap guru kelas.

6.4. Memastikan pengisian nama kad ahli dijalankan oleh pengawas perpustakaan.

6.5. Menyediakan atau mengelaskan buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen kepada murid-murid mengikut kategori yang sesuai.

6.6. Memberi latihan intensif kepada pengawas perpustakaan untuk mendedahkan pengetahuan tentang cara memasukkan data pinjaman dan pemulangan buku ke dalam Sistem Rangkaian Komputer.

6.7. Memproses buku-buku baru supaya dapat dipinjam oleh murid-murid.

6.8. Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok (Projek Pukal).

6.9. Membuat pengagihan tugas pengawas perpustakaan.

6.10. Membuat penilaian rekod peminjaman dan pemulangan individu serta laporan bacaan individu.

6.11. Mengadakan pameran buku-buku terbaru untuk murid-murid.

6.12. Membantu setiausaha menganjurkan aktiviti untuk menyokong Program NILAM.

6.13. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

7. Guru Matapelajaran

7.1. Membantu dalam pemilihan bahan bacaan.

7.2. Menggalak dan membimbing murid membaca buku-buku fiksyen.

7.3. Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan aktif.

7.4. Memastikan dan menggalakkan murid-murid membuat laporan bacaan individu mata pelajaran berkenaan.

7.5. Menyemak Buku Laporan Program NILAM dan memberi komen jika ada.

7.6. Mengesah dan menandatangani rekod bacaan murid (Sekiranya ditentukan oleh pihak sekolah).

Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Buku dalam Program Nilam

 Pengelasan Buku dalam Program Nilam Buku Fiksyen Buku Bukan Fiksyen     Bahan Bukan Buku   Bahan Digital

LENCANA SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hua ALAMAT : Peti Surat 216, 96007 Sibu, Sarawak TARIKH SEKOLAH DITUBUHKAN : 1916 MAKSUD LOGO : Warna Hijau menunjukkan warna daun kehijauan, iaitu warna tropika dalam spektrum solar yang terletak antara warna kuning dan biru. Warna ini melambangkan kekuatan atau tenaga belia. Warna ini juga melambangkan keamanan, kestabilan, dan keselamatan. · Ini ialah logo sekolah. Logo sekolah ini melambangkan manusia yang berdiri di atas muka bumi dengan menjunjung syurga. Dipercayai bahawa Tuhan mencipta bumi ini dan manusia pula mencipta tamadun. Oleh itu, sifat kemanusiaan mestilah mendahului teknologi. Pendidikan bermaksud pendidikan manusia secara keseluruhannya. Bentuk · Bentuk asas lencana ini berupa hati manusia. Bentuk ini menunjukkan penciptaan manusia di samping t

Senarai Pusat Sumber Maya Sekolah-sekolah di Malaysia

Senarai Pusat Sumber Maya Sekolah-sekolah di Malaysia Banyak rak maya telah diusahakan oleh sekolah-sekolah lain.  Bacalah sebanyak buku yang boleh, ingatlah catat dalam buku nilam anda. SK CIJ 2, Melaka https://fliphtml5.com/bookcase/yzag SMK Presint 9(2), Putrajaya https://fliphtml5.com/bookcase/lbdzi SK Kubang Kerian, Perak https://fliphtml5.com/bookcase/jdpia SK Datuk Haji Baginda, Melaka https://anyflip.com/bookcase/qelpj SK Guar Lobak, Kedah https://fliphtml5.com/bookcase/keiul SK Kg Jambu, Perak https://fliphtml5.com/bookcase/kwxrh SK Sungai Serai, Selangor https://anyflip.com/bookcase/yobxt/ SK Rinching Hilir, Selangor https://fliphtml5.com/bookcase/piccw SMK Pernu, Melaka https://fliphtml5.com/bookcase/hkvko SK Kampong Selayang https://fliphtml5.com/bookcase/asdpr SMK Kepong Baru http://fliphtml5.com/bookcase/dbdzy SMK SEGAMBUT https://fliphtml5.com/bookcase/hjozn SMK RAJA ALI https://fliphtml5.com/bookcase/pgsdm SMK Sungai Besi https://fliphtml5.com/bookcase/reaol SK SERI SUR