Skip to main content

FALSAFAH SEKOLAH, PIAGAM SEKOLAH, VISI SEKOLAH DAN MISI SEKOLAH

FALSAFAH SEKOLAH

Memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan abadi ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

PIAGAM SEKOLAH

Kami, pendidik-pendidik SMK Chung Hua, berikrar dan berjanji akan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Kami, akan melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan kami dengan penuh dedikasi, iltizam, adil, saksama, dan toleran selaras dengan konsep ilmu, mutu, dan budi.

VISI SEKOLAH
Menjadikan SMK Chung Hua, Sibu terunggul di Sarawak menjelang tahun 2015.


MISI SEKOLAH

Meningkatkan minda dan prestasi pelajar dalam semua aspek pendidikan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.

MATLAMAT SEKOLAH

1. Melahirkan insan modal yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, berbudaya penyayang, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada kemakmuran masyarakat dan negara.

2. Menyediakan sistem pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.

3. Mewujudkan iklim sekolah yang selesa dan kondusif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.

4. Memberi layanan mesra, perkhidmatan berkualiti, kerjasama dan sokongan padu kepada komuniti setempat.

5. Sentiasa mengutamakan kebajikan dan keselamatan warga sekolah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Buku dalam Program Nilam

 Pengelasan Buku dalam Program Nilam Buku Fiksyen Buku Bukan Fiksyen     Bahan Bukan Buku   Bahan Digital

LENCANA SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hua ALAMAT : Peti Surat 216, 96007 Sibu, Sarawak TARIKH SEKOLAH DITUBUHKAN : 1916 MAKSUD LOGO : Warna Hijau menunjukkan warna daun kehijauan, iaitu warna tropika dalam spektrum solar yang terletak antara warna kuning dan biru. Warna ini melambangkan kekuatan atau tenaga belia. Warna ini juga melambangkan keamanan, kestabilan, dan keselamatan. · Ini ialah logo sekolah. Logo sekolah ini melambangkan manusia yang berdiri di atas muka bumi dengan menjunjung syurga. Dipercayai bahawa Tuhan mencipta bumi ini dan manusia pula mencipta tamadun. Oleh itu, sifat kemanusiaan mestilah mendahului teknologi. Pendidikan bermaksud pendidikan manusia secara keseluruhannya. Bentuk · Bentuk asas lencana ini berupa hati manusia. Bentuk ini menunjukkan penciptaan manusia di samping t

Senarai Pusat Sumber Maya Sekolah-sekolah di Malaysia

Senarai Pusat Sumber Maya Sekolah-sekolah di Malaysia Banyak rak maya telah diusahakan oleh sekolah-sekolah lain.  Bacalah sebanyak buku yang boleh, ingatlah catat dalam buku nilam anda. SK CIJ 2, Melaka https://fliphtml5.com/bookcase/yzag SMK Presint 9(2), Putrajaya https://fliphtml5.com/bookcase/lbdzi SK Kubang Kerian, Perak https://fliphtml5.com/bookcase/jdpia SK Datuk Haji Baginda, Melaka https://anyflip.com/bookcase/qelpj SK Guar Lobak, Kedah https://fliphtml5.com/bookcase/keiul SK Kg Jambu, Perak https://fliphtml5.com/bookcase/kwxrh SK Sungai Serai, Selangor https://anyflip.com/bookcase/yobxt/ SK Rinching Hilir, Selangor https://fliphtml5.com/bookcase/piccw SMK Pernu, Melaka https://fliphtml5.com/bookcase/hkvko SK Kampong Selayang https://fliphtml5.com/bookcase/asdpr SMK Kepong Baru http://fliphtml5.com/bookcase/dbdzy SMK SEGAMBUT https://fliphtml5.com/bookcase/hjozn SMK RAJA ALI https://fliphtml5.com/bookcase/pgsdm SMK Sungai Besi https://fliphtml5.com/bookcase/reaol SK SERI SUR