Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH) Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah. Bek

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH

Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.

Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa Program NILAM

1. Penyelaras Program NILAM 1.1. Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun. Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan untuk setiap kelas. 1.2. Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan. 1.3. Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM. 1.4. Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah. 1.5. Membuat pengagihan tugasan guru-guru kelas. 1.6. Memastikan program berjalan dengan lancar. 1.7. Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah. 1.8. Mengenal pasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM peringkat negeri. 1.9. Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada Pengetua. 1.10. Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG. 1.11. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid. 2. Setiausaha/ Penolong Setiausaha – Guru NILAM 2.1. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyu

LENCANA SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hua ALAMAT : Peti Surat 216, 96007 Sibu, Sarawak TARIKH SEKOLAH DITUBUHKAN : 1916 MAKSUD LOGO : Warna Hijau menunjukkan warna daun kehijauan, iaitu warna tropika dalam spektrum solar yang terletak antara warna kuning dan biru. Warna ini melambangkan kekuatan atau tenaga belia. Warna ini juga melambangkan keamanan, kestabilan, dan keselamatan. · Ini ialah logo sekolah. Logo sekolah ini melambangkan manusia yang berdiri di atas muka bumi dengan menjunjung syurga. Dipercayai bahawa Tuhan mencipta bumi ini dan manusia pula mencipta tamadun. Oleh itu, sifat kemanusiaan mestilah mendahului teknologi. Pendidikan bermaksud pendidikan manusia secara keseluruhannya. Bentuk · Bentuk asas lencana ini berupa hati manusia. Bentuk ini menunjukkan penciptaan manusia di samping t

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk : 1. Melaksanakan dasar dan program kurikulum dan kokurikulum yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Melahirkan modal insan yang berbudaya ilmu. 3. Membentuk modal insan yang berakhlak mulia. 4. Mewujudkan warga sekolah yang penyayang. 5. Mengekalkan suasana persekitaran sekolah yang selamat, bersih, dan ceria. Mewujudkan hubungan yang harmonis antara warga sekolah dengan komuniti setempat.

FALSAFAH SEKOLAH, PIAGAM SEKOLAH, VISI SEKOLAH DAN MISI SEKOLAH

FALSAFAH SEKOLAH Memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan abadi ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. PIAGAM SEKOLAH Kami, pendidik-pendidik SMK Chung Hua, berikrar dan berjanji akan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Kami, akan melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan kami dengan penuh dedikasi, iltizam, adil, saksama, dan toleran selaras dengan konsep ilmu, mutu, dan budi. VISI SEKOLAH Menjadikan SMK Chung Hua, Sibu terunggul di Sarawak menjelang tahun 2015. MISI SEKOLAH Meningkatkan minda dan prestasi pelajar dalam semua aspek pendidikan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. MATLAMAT SEKOLAH 1. Melahirkan insan modal yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, berbudaya penyayang, dan b

RANCANGAN TAHUNAN

BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1 Pelaksanaan struktur organisasi Pusat Sumber Sekolah Januari 2 Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan Program Nilam Kali Pertama Januari 3 Pelaksanaan struktur organisasi Program Nilam Januari 4 Pengutipan Rekod NILAM Januari - Oktober 5 Pelaksanaan Kelab Pusat Sumber Sekolah Januari - Oktober 6 Sudut Mata Pelajaran di Bilik Darjah Januari - November 7 Papan Notis Subjek PPSMI Januari - November 8 Penjagaan kebersihan Bilik-Bilik Pusat Sumber Januari - November 9 Pengumpulan Buku Skrap Januari - November 10 Penganalisisan Rekod Membaca Murid 31 Mac, 31 Ogos dan 31 Oktober 11 Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan Program Nilam Kali Kedua Jun 12 Bulan Membaca (Julai) Julai 13 Penyampaian Sijil Penghargaan dan Pengiktirafan Pencapaia

Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah 2012

AHLI JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH Pengerusi : Cik Tham Yoh Yin Timbalan Pengerusi I : Cik Wong Fenq Fenq Timbalan Pengerusi II : En. Chin Pak Min Timbalan Pengerusi II : Pn. Tiong Ing Hee Setiausaha : Pn. Lim Wen Chin(Guru Perpustakaan dan media) AJK : 1. Pn. Tang Li Lee(Guru Perpustakaan) 2. Pn. Hii Hiong Yeeng(Guru BBM/Bilik Sumber sesi pagi) 3. En. Chiam Yong Biau(Guru BBM/Bilik Sumber sesi petang) 4. Pn. Lim Wen Chin(Guru Media/APD) 5. Cik Yong King King(Guru Khidmat Komputer) 6. Cik Kong Ling Ling(Pembantu Perpustakaan)